Sunday, January 13, 2013

Penagih Dadah Punca Kes Jenayah Di Kemaman


Sebanyak 80 peratus kes jenayah yang berlaku di daerah ini dikenal pasti dilakukan penagih dadah.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, sehubungan itu, polis berusaha sedaya upaya membanteras perbuatan penyalahgunaan dadah termasuk di kawasan Felda.

 “Apabila polis menangkap penagih dadah yang sama, sebenarnya sasaran kita untuk menangkap pembekal dadah, sebab kita harap apabila pembekal ditangkap, penagih akan susah cari bekalan, seterusnya membedung perbuatan penyalahgunaan dadah ini.

“Dek kerana dadahlah berlaku jenayah lain. Penagih yang terdesak mencari duit bagi membeli dadah akan melakukan perbuatan jenayah lain. Lalu berlaku kes curi sawit, curi penutup longkang dan sebagainya,” katanya.

Berikutan itu, kata beliau, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mencegah anak masing-masing daripada terjebak dengan najis dadah.

Selain itu, masyarakat juga perlu membantu polis dengan menyalurkan maklumat bagi bersama-sama membanteras gejala penagihan dadah di kawasan masing-masing.

No comments:

Post a Comment