Thursday, January 3, 2013

Pendaftaran BR1M 2.0 DiLanjut

Tarikh akhir pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 sepatutnya tamat pada 31 Disember lalu, dilanjutkan kepada satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan di sini hari ini memaklumkan, Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pendaftaran berkenaan.

Pemohon yang layak boleh terus mendaftar sama ada menggunakan borang kertas BR1M 2.0 atau pun melalui sistem dalam talian menerusi portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my.

No comments:

Post a Comment