Tinjauan Bernama mendapati ramai penduduk yang tinggal di kawasan pantai seperti di Kuala Terengganu, Dungun, Kuala Ibai dan Kuala Abang yang menetap sementara di rumah saudara mara yang tinggal jauh dari kawasan pantai, sudah mula pulang ke rumah masing-masing.
Namun nelayan kecil masih tidak berani ke laut ekoran angin kencang dan laut bergelora musim tengkujuh.
Demi mencari rezeki dua nelayan pantai dilihat tekad turun ke laut meskipun keadaan laut berombak serta bergelora di Pantai Chempaka, Kuantan semalam. |
Halimah Osman, 58, menganggap cuaca paling buruk yang pernah berlaku ialah pada 1984 yang turut menyebabkan sebuah kapal kargo tersadai di perairan Tanjung Jara akibat ribut dahsyat.
"Selepas itu tidak pernah lagi ada ribut sedemikian rupa. Cuaca buruk sejak kelmarin adalah sesuatu yang biasa bagi kami yang tinggal di tepi pantai sejak kecil," katanya.
Mohd Yassin Abdullah, 55, yang tinggal di pantai Kuala Ibai berkata sememangnya dia merasa takut dengan ramalan Sonamu kerana pernah mengalami peristiwa banjir besar beberapa puluh tahun dahulu.
"Tidur malam pun tidak lena dan kami telah bersiap sedia kemas sedikit sebanyak kain baju. Namun syukur bila tengok keadaan hari ini mula tenang dan laporan televisyen pun mengatakan ribut sudah semakin beredar," katanya.
Nelayan Yusof Osman, 48, berkata sudah sebulan dia tidak ke laut kerana keadaan cuaca yang berisiko kepada bot-bot kecil.
"Ketika inilah kami membaiki bot yang rosak dan saya membantu isteri yang berniaga di warung," katanya. Namun terdapat juga kumpulan remaja yang seakan berpesta bagi menyaksikan fenomena ombak besar.
"Saya datang ke Pantai Batu Buruk ini untuk menyaksikan sendiri fenomena ombak besar seperti yang dihebahkan dalam TV dan surat khabar.
"Saya tahu ia bahaya dan pihak berkuasa mengeluarkan amaran supaya tidak menghampiri kawasan pantai, namun saya ingin melihat sendiri fenomena alam yang luar biasa," kata Mohd Aliff Zahari, 22, yang ke pantai bersama rakan-rakannya.
salam bro..
ReplyDeleteMohon di pautkan blog saya ni ye jika tidak keberatan..
http://taipingcentral.blogspot.com/
Moga ukhuwah sesama kita terjalin erat di alam maya..
Anyway, blog saudara sempoi n terbaeekkk..
Tq Boss..