Thursday, January 3, 2013
PSMZA, UiTM Bersih Rumah Penduduk Di Dungun
Lebih 50 pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) bersama lebih 100 sukarelawan yang lain bergotong-royong membersih rumah penduduk Taman Rakyat Jaya, di Dungun yang dilanda banjir baru-baru ini.
Program amal itu anjuran Majlis Belia Dungun (MBD) bersama dengan PSMZA, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun dan Pemuda Barisan Nasional (BN) Parlimen Dungun.
Program sehari bermula dengan taklimat kepada sukarelawan oleh penyelaras program, Muhammad Suza Amsyari Sulaiman dan mereka dipecahkan kepada beberapa kumpulan.
Program itu memberi peluang kepada mereka mendekati masyarakat semasa keadaan memerlukan di samping menghulurkan sumbangan tenaga melakukan kerja-kerja membersih dan mengemas barang-barang.
Dalam kalangan penduduk yang ditemui menyatakan kegembiraan dan mengucapkan terima kasih dengan penyertaan para sukarelawan yang meringankan bebanan mereka.
Turut hadir dalam program itu termasuklah Rektor UiTM Dungun, Prof Madya Dr. Abdol Samad, Timbalan Pengarah Akademik PSMZA, Hassan Ismail dan Ketua Pemuda UMNO Dungun, Azhar Jambol.
Menurut Muhammad Suza Amsyari, program khidmat masyarakat sebegini dapat memberi pendedahan kepada pelajar untuk sentiasa sedia membantu dan mengongsikan kepayahan hidup anggota masyarakat.
Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment