Sunday, January 27, 2013

T-Team, Terengganu Melangkah Ke Pusingan Kedua Piala FA, ATM Lion XII Tumpas


Penyerang ATM, Hairuddin Omar (dua dari kanan) melepaskan tandukan ke gawang Selangor pada aksi Piala FA malam tadi. Pada perlawanan tersebut, Selangor menang 3-2 menerusi sepakan penalti.
Terengganu akan bertemu Pulau Pinang sementara TTeam akan berdepan Sime Darby pada pusingan kedua Piala FA,  26 Februari nanti.

Abd. Latiff Suhaimi muncul wira pasukan T-Team Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan sekali gus menumpaskan Perlis 3-2.

The Titans terlebih dahulu mendahului 2-0 hasil jaringan Fazuan Abdullah minit ke-31 dan jaringan sendiri pemain pertahanan Perlis, Mohd. Hanif Mohd. Noor (32) sebelum Singa Utara kembali bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Hadi Syami Hamzah dan Mohd. Nurfirdaus Roswanan pada minit ke-37 dan 50.

Terengganu yang mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Kuala Lumpur SPA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang turut tersenarai dalam 14 pasukan yang mara ke pusingan kedua dalam saingan Piala FA 2013 bulan depan.

Pemain Johor Darul Takzim, Mohd Aidil Zafuan menanduk bola ke arah pintu gol Perak pada perlawanan pusingan pertama Piala FA di Stadium Larkin, Johor Bahru semalam.

Tiga gol skuad Penyu dijaringkan oleh Ismail Faruqi pada minit ke-30 dan dua gol dari Jean Emmanuel Effa Owona pada minit ke-69 dan 80. Terengganu akan menentang Pulau Pinang di pusingan kedua selepas pasukan Harimau Kumbang mengejutkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-1 di Stadium Hang Jebat, Melaka.


Juara  lima kali, Selangor kembali bangkit menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat 2-2 sebaik perlawanan diheret ke masa tambahan. ATM terlebih dahulu selesa mendahului 2-0 menerusi Marlon Alex James dan Mohd. Affize Faisal Mamat pada minit ketujuh dan 25 sebelum Selangor yang enggan mengaku kalah akhirnya kembali bangkit menyamakan kedudukan menerusi dua jaringan Mohd. Afiq Azmi pada minit ke-53 dan 57.

Ketika penentuan sepakan penalti, penjaga gol Gergasi Merah, Norazlan Razali akhirnya muncul wira tuan rumah selepas berjaya mengagalkan sepakan K. Reuben, Mohd. Affieze Faisal Mamat dan Bruno Martelotto.

Ketiga-tiga jaringan penalti Selangor berjaya disempurnakan oleh kapten, Asraruddin Putra Omar, Mahalli Jasuli dan S. Veenod sementara dua sepakan penalti ATM dijaringkan oleh Marlon dan A. Varanthan.

Perlawanan itu juga dicemari insiden tidak diingini di tengah padang ekoran pemain kedua-dua pasukan dilihat bertelagah sesama sendiri sebaik perlawanan tamat.

Dengan keputusan itu, Selangor bakal berdepan Sabah pada pusingan kedua yang dijadualkan berlangsung 26 Februari depan. Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru, tuan rumah, Johor Darul Takzim (Johor DT) hanya mampu mengatasi Perak dengan kemenangan tipis 1-0.

Gol tunggal perlawanan hasil tandukan Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak pada minit ke-59 sudah cukup untuk menjadi pemisah kedua-dua pasukan dalam aksi yang cukup mendebarkan itu.

Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah memulakan kempen Piala FA 2013 dengan cukup bergaya apabila membenam pasukan berstatus kelab, Felda United dengan kemenangan 2-1.

Dalam perlawanan itu, gol-gol Sabah dihasilkan menerusi Koh Traore dan Juprey Amopor pada minit ke-14 dan 71 sementara gol sagu hati Felda United pula dicetak Mohammed Ghaddar menerusi sepakan penalti (63).

Sarawak pula menewaskan Melaka 3-0 di Stadium Negeri, Kuching sementara Kedah juga melakar keputusan sama mengatasi NS Betaria 3-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Pos Malaysia turut melakar kejutan apabila membelasah Kuala Lumpur 5-0 sementara PBAPP FC turut menang besar 5-1 ke atas kelab Kemboja, Preach Khan Reach FC di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Pendatang baru Liga Super musim ini, Pahang terus mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya memulakan kempen Piala FA 2013 dengan penuh bergaya selepas mengatasi Johor 3-2 di Stadium Pasir Gudang, malam tadi.

Tiga gol skuad Tok Gajah disumbangkan oleh penyerang import dari Maghribi, Mohamed Borji pada minit ke-13 dan dua gol Mohd Fauzi Rozlan minit ke-45 dan 74.

Dua gol pasukan Johor pula dijaringkan oleh Muriel Juan Orlando pada minit ke-10 dan 49.

Dengan keputusan itu, Pahang akan menentang ATM Tentera Darat pada pusingan kedua selepas pasukan itu menumpaskan wakil kelab dari Pahang, Shahzan Muda 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh. B

PKNS turut mara selepas berjaya mara ke pusingan kedua Piala FA setelah menewaskan Lions XII 1-0 di Stadium Petaling Jaya, Selangor sebentar tadi.

Sementara itu dalam saingan yang sama, UiTM FC terpaksa meninggalkan pentas Piala FA musim 2013 setelah tewas 0-2 kepada Negeri Sembilan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium UiTM Shah Alam.

Dengan keputusan itu, PKNS akan bertemu juara Piala FA musim lepas, Kelantan dan Negeri Sembilan menentang Pos Malaysia dalam pusingan kedua nanti.

Kedua-dua pasukan ini telah menunda perlawanan yang sepatutnya berlangsung semalam akibat hujan lebat.

Berikut keputusan penuh bagi kedua-dua perlawanan peringkat pertama Piala FA yang berlangsung hari ini.

Berikut keputusan perlawanan pertama Piala FA 2013:

Selangor (2) - ATM (2) * Selangor (3) - ATM (2) sepakan penalti Johor Darul Takzim (1) - Perak (0) Sarawak (3) - Melaka (0) Kedah (3) - NS Betaria FC (0) Pulau Pinang PBAPP (5) - PKRFC (CAM) (1) Kuala Lumpur (0) - Pos Malaysia (5) PDRM (1) - Pulau Pinang (2) Sabah (2) - Felda United (1) Shahzan Muda (0) - ATM Tentera Darat (2) T-Team (3) - Perlis (2) Johor (2) - Pahang (3) Kuala Lumpur SPA (1) - Terengganu (3)  - PKNS (1) - Lions XII (0) - UiTM FC (0) - Negeri Sembilan (2).

Jadual perlawanan pusingan kedua Piala FA yang akan berlangsung pada 26 Februari:

Terengganu lwn Pulau PinangPulau Pinang PBAPP lwn Sarawak,  Selangor lwn Sabah, Sime Darby lwn T-Team,  Kedah lwn Johor Darul Takzim FC dan Pahang lwn ATM Tentera Darat.

No comments:

Post a Comment