UMNO Bahagian Besut akan menganjurkan program Selamat Tinggal Pembangkang (STP) yang akan menarik penyertaan ahli parti pembangkang dalam UMNO.
Program itu bagi menggantikan program STP (Selamat Tinggal Pas) dilihat lebih bermakna kerana ia akan membabitkan ahli parti dari Pas dan PKR di daerah Besut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera ,Muhamad Pehimi Yusof yang juga pengerusi penganjur program berkata,ketika ini proses mendaftar ahli Pas yang bersedia meninggallkan parti itu sedang dilakukan oleh semua cawangan Umno di Bahagian Besut.
Katanya, program STP menggantikan Selamat Tinggal Pas dilihat lebih meeluas kerana ia akan disertai oleh ahli dari PKR di Besut.
Menurutnya, dijangkakan kira-kira 1,000 ahli parti pembangkang terutama Pas dan PKR di Besut, akan menyertai perhimpunan terbesar menjelang PRU13 nanti.
Katanya, Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh akan melakukan ucap utama dan mengistiharkan kemasukan ahli pembangkang berkenaan dalam Umno.
“Ramai ahli Pas peringkat akar umbi sudah faham dan bosan dengan karenah yang dilakukan oleh pemimpin mereka terutama dalam isu Kalimah Allah dan penghinaan terhadap agama Islam,” katanya kelmarin.
Muhamad Pehimi yang juga Naib Ketua Umno bahagian itu berkata, kekecewaan hali Pas sudah tidak dapat disembunyikan lagi apabila ramai antara mereka dating tanpa undangan menemui ketua cawangan untuk menjadi ahli Umno sejak kebelakangan ini.
Beliau berharap program STP yang bakal diadakan tidak lama lagi akan member kesan besar kepada perkembangan politik di Terengganu khususnya daerah Besut yang dilebalkan sebagai kubu kuat BN Terengganu.
Berikutan Umno Bahagian, sudah mengarahkan semua ketua cawangan mendaftar sekurang-kurangnya lima ahli pembangkang di kawasan masing-masing sebelum 4 Februari bagi membolehkan program berkenaan berjalan lancar
Teganukita
No comments:
Post a Comment