Wan Ahmad Farid berbual mesra dengan seorang pelajar istimewa SMK Bukit Besar di sini, semalam. |
Ketuanya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, 40 pusat daerah mengundi (PDN) juga sudah bersedia, sambil dipandu oleh Umno bahagian dan Dun. PDN terbanyak dibuka ialah di Dun Wakaf Mempelam.
Katanya, semua PDN telah dipanggil dan diberikan penerangan tentang pembaharuan yang diperkenalkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kali ini.
“Selain fokus untuk mengukuhkan jentera di setiap PDN, kita juga memberikan penerangan tentang pembaharuan yang dibuat agar semua akar umbi faham tatacara dan proses daripada tempoh berkempen, penamaan calon dan sehinggalah pilihan raya dijalankan.
“Jadi kita harapkan jentera kita memahami prosedurnya agar semua perancangan yang dibuat berjalan lancar dan jentera kita dapat bergerak dengan sempurna, sehinggalah PRU13 nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 Tahun 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar di Kuala Terengganu, semalam.
Pada majlis itu, 1,250 pelajar menerima bantuan masing-masing. Sebanyak 37 sekolah di daerah ini menerima bantuan yang sama.
Dalam ucapannya, Wan Farid berkata, ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru harus menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak, baik daripada aspek akademik dan sahsiah. “Kita jangan terlalu bergantung dan berharap pada cikgu semata-mata.
Pendidikan ini luas dan sepanjang zaman, bukan tertakluk pada waktu sekolah sahaja.
Jadi, di situlah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa. “Kerajaan misalnya, memberi ruang dan peluang dan terpulang kepada ibu bapa untuk memaksimumkan bakat dan keupayaan anak masing-masing,” katanya lagi
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment