Saturday, February 16, 2013
10 Bulan Penjara Kerana Curi Duit Majid
Seorang bapa kepada tiga anak tergamak mencuri duit tabung masjid atas alasan tidak memiliki pekerjaan, serta dalam masa sama terpaksa menanggung anak dan isteri.
Walau apa juga alasan diberikan, Nazawawi @Shafunizam Md Nor, 38, dari Kampung Kepong, Taman Desa Sepakat, di sini, tetap menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman 10 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di Kuala Terengganu, kelmarin.
Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman itu selepas Nazawawi mengaku bersalah mencuri wang tunai sebanyak RM332.80 milik Masjid Tengku Sulung Kuala Ibai, pada 10 Febuari lalu lebih kurang jam 11.30 pagi.
Dengan itu, dia mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai tempoh 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda manakala Nazawawi tidak diwakili peguam.
Berdasarkan fakta kes, perbuatan terkutuk Nazawawi yang mencuri duit di dalam tabung masjid telah disedari salah seorang pekerja di masjid itu iaitu Ali Mohd Diah, sebelum memaklumkan kepada penduduk setempat untuk menangkapnya
Sejurus menerima maklumat penduduk tentang penangkapan Nazawawi, anggota polis ke lokasi kejadian dan menahannya sebelum turut berjaya merampas sebotol gam bertulis ‘Rat Glue’ warna merah jambu; satu pita pengukur warna kuning dan wang tunai kertas serta syiling berjumlah RM332.80.
SH Online
jangan pakai nama anak la wei...
ReplyDeletebuke mate.. buka hati ..buke minda
ada ramai lagi susah dari ko bro
aku lagi susah datang jauh merantau dri sabah... masih pula ingat pesan mak kot...kalau nak curi macam macam alasan bole letak... kalau cam tu aku pun nak sbab bini aku mgandung nak? ehii ta nak aku wei.. karma tu