Saturday, February 9, 2013
120 Keluarga Bakal Duduki Rumah Baru Di Cerong Balai
Seramai 120 keluarga yang bakal terpilih mendapat rumah baru di Perumahan Rumah Pangsa Cerong Binjai, Chendering, akan menduduki rumah mereka tidak lama lagi.
Menteri, Besar, Datuk Seri Ahmad Said hadir pada majlis beramah mesra dengan penduduk berkenaan dan majlis penyerahan kunci rumah PPRT di kampung berkenaan, malam Selasa lalu (5 Februari 2013).
Turut hadir di majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah; Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Datuk Wan Salleh; Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Wan Ahmad Nizam Abdul Hamid dan Pegawai Pembangunan DUN Batu Buruk, Datuk Che Mat Jusoh.
Menteri Besar berkata, pembinaan rumah pangsa berkenaan menjadi bukti Kerajaan Barisan Nasional menjaga kebajikan rakyat dan menunaikan janjinya kepada penduduk tempatan.
“Untuk penggal ini sahaja di zaman pentadbiran saya sebagai Menteri Besar, kerajaan telah memperuntukan lebih RM800 juta untuk membina rumah kediaman kepada seluruh rakyat Terengganu,” katanya.
Salah seorang yang menerima kunci rumah PPRT tersebut ialah Puan Azlah Jaafar, anak kepada salah seorang Konstabel Polis yang merupakan pejuang di Bukit Kepong dahulu.
Kesemua penduduk adalah berasal dari Kampung Pantai Pandak, Chendering yang berpindah ke Flat Desa Keluarga milik Yayasan Pembangunan Keluarga, pada bulan Mei 2007.
Rumah pangsa yang dibina terdiri daripada 10 lot dan setiap lot mengandungi 12 unit rumah, menjadikan keseluruhan 120 unit rumah. Setiap unit rumah mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air, satu dapur dan satu ruang tamu
Keadaan yang cukup selesa telah menarik minat dan terpancar sinar kegembiraan pada setiap peserta yang bakal menduduki rumah tersebut.
No comments:
Post a Comment