Seramai 300 peserta disasar menyertai kejohanan sukan lasak Tebu Mountain Challenge 2013 di sini pada 23 Feb ini.
Setiausaha Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Negeri Terengganu, Mohd Khairul Abu Bakar berkata buat masa ini lebih 250 peserta telah mendaftar melepasi jumlah penyertaan tahun lalu.
"Tebu Mountain Challenge mendapat sambutan hebat dengan penyertaan peserta semakin bertambah termasuk dari luar negara," katanya semalam.
Beliau berkata kejohanan tahun ini dijangka lebih meriah sempena Tahun Melawat Terengganu 2013.
"Pihak kami sudah mengadakan promosi melalui laman sesawang persatuan bagi menarik penyertaan dari luar negara," katanya.
No comments:
Post a Comment