Saturday, February 2, 2013

Bukan Kerana Tengku Fiella, Nazmi Bersama PKNS


Kepulangan ‘arkitek’ muda negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor ke Malaysia selepas dikhabarkan tidak lagi bersama kelab Portugal, S.C. Beira-Mar bukannya berpunca daripada masalah peribadi.

Bapa Nazmi, Mansor Mustapha memberitahu, emosi anak keempatnya daripada lima beradik itu berada dalam keadaan stabil sebaik tiba di tanah air baru-baru ini.

 Enggan mendedahkan punca sebenar kepulangan semula Nazmi ke Malaysia, Mansor sebaliknya menafikan tumpuan anaknya terjejas ekoran kontroversi yang tercetus baru-baru ini.

“Buat masa ini saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai apa sebenarnya yang berlaku kerana perlu merujuk kepada ejen Nazmi (Marco Guimaraes) dan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) terlebih dulu.

“Ketika ini, emosi Nazmi berada dalam keadaan stabil dan telah berada di Malaysia bersama keluarga. “Insya-Allah, satu sidang akhbar akan diadakan dalam masa terdekat seawal-awalnya Isnin ini,” kata Mansor semasa dihubungi Kosmo! semalam.

Misteri yang menyelubungi Muhammad Nazmi Faiz Mansor dilihat terus menimbulkan tanda tanya apabila perancang muda itu mengambil sikap 'mengunci mulut' semalam.

Selepas mencetuskan kontroversi berhubung kenyataan sensasi di Twitter tempoh hari, kepulangan perancang berusia 19 tahun itu ke tanah air tanpa pengetahuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas dilaporkan mendapat pelepasan kelab Portugal, S.C. Beira-Mar selama enam bulan juga mengundang persoalan banyak pihak.

Selain gagal dihubungi, cubaan pemberita bagi mendapatkan penjelasan Nazmi secara bersemuka juga menemui jalan buntu semalam.

Ia ekoran ahli keluarga Nazmi memberitahu yang pemain itu belum bersedia untuk bertemu media.

Selain itu, pemain tersebut juga langsung tidak menyentuh mengenai kepulangannya ke Malaysia menerusi Twitter peribadinya semalam.

Sebaliknya, Nazmi sekadar membayangkan reda dengan apa yang berlaku apabila mengeluarkan tweet bahasa Inggeris yang berbunyi: "I can't change the direction of the wind, but i can adjust my sails to always reach my destination.

"In three words I can sum up everything I have learned about life: it goes on."

No comments:

Post a Comment