Wednesday, February 27, 2013

Gaji Minimum - Majikan Lima Pekerja Perlu Mohon Penangguhan Sebelum 1 April

Majikan yang menggaji lima pekerja ke bawah perlu mengemukakan permohonan bagi penangguhan pelaksanaan gaji minimum kepada Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) sebelum 1 April ini.

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Terengganu Mohd Azmi Muhammud berkata Perintah Gaji Minimum untuk majikan yang mempunyai lima pekerja ke bawah itu dijadual dilaksanakan pada 1 Julai ini.


"Permohonan penangguhan itu akan dipertimbangkan oleh majlis dan terpulang kepada mereka untuk memutuskan tarikh pelaksanaan kepada majikan yang memohon penangguhan.

"Kira-kira 70 peratus daripada 22,100 majikan yang berdaftar dengan JTK Terengganu adalah mereka yang tergolong dalam kategori ini, manakala majikan yang mempunyai pekerja lima orang ke atas telah diarahkan berbuat demikian mulai 1 Jan lalu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Taklimat PGM dan umur persaraan minimum kepada lebih 200 majikan di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di Kuala Terengganu, semalam.

Pengumuman gaji minimum RM900 di Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Labuan bagi sektor swasta dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 April dan diwartakan pada 16 Julai lepas.

Mohd Azmi berkata setakat ini jabatan itu masih belum menerima sebarang aduan daripada pekerja yang masih diberi gaji di bawah RM900.

"Namun, jabatan tetap akan memantau majikan-majikan di seluruh negeri melalui rekod dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan caruman Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial)," katanya.

Beliau juga berkata pekerja yang tidak berpuas hati dengan majikan mereka perlu datang ke JTP untuk membuat aduan rasmi

No comments:

Post a Comment