Saturday, February 9, 2013

Kerajaan Negeri Cadang Tubuh Tabung Usahawan Tani

Kerajaan negeri akan mewujudkan Tabung Usahawan Tani tahun ini untuk membantu usahawan melaksanakan projek pertanian berskala besar.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Sha'ari Idris berkata kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan RM500,000 untuk tabung itu.

"Kami wujudkan tabung ini kerana kami fikir petani tidak akan selesai setakat kerajaan membantu mereka dengan subsidi sahaja. Subsidi ini kecil-kecilan boleh, tapi untuk melahirkan usahawan tani tidak cukup dengan subsidi," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Asha'ari berkata semua usahawan tani boleh membuat pinjaman daripada tabung itu untuk menjayakan projek pertanian berskala besar dengan jumlah maksimum pinjaman ialah RM50,000.

Sementara itu, Asha'ari berkata penanaman padi di jelapang padi di Setiu akan dihentikan tahun ini untuk membolehkan kerja-kerja merata tanah. Beliau berkata hasil padi di kawasan itu tahun lepas tidak begitu memuaskan kerana masalah agihan air yang tidak serata dan masalah tanah.

No comments:

Post a Comment