Mohamad Jusoh yang juga ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Dungun turut diberi penghormatan untuk menyampaikan sumbangan duit raya kepada warga emas kaum Cina. |
Demikian kata Pengerusi Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Bahagian Dungun, Tan Lee Tong ketika diminta mengulas desas-desus kemungkinan ada calon luar, bukan dalam kalangan orang parti yang akan diletakkan sebagai calon pada pilihan raya umum nanti.
Lee Tong berkata, sebagai pengundi Cina, mereka akan memilih yang terbaik untuk kepentingan bersama dan menolak sentimen individu dalam soal calon.
Namun sebolehnya, berharap agar calon yang dipilih pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) itu mestilah calon yang bersih, bermoral, boleh diterima baik semua lapisan.
“Sesiapa sahaja yang dipilih kita akan akur, namun calon tempatan mungkin lebih banyak memberi kelebihan kerana beliau sudah dikenali masyarakat.
“Biarlah calon dipilih nanti yang boleh bekerja untuk rakyat, bukan hanya untuk dapat jawatan sahaja,” beliau berkata demikian ketika ditemui sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran PGRM Dungun pagi kelmarin.
Ketika ditanya pola sokongan pengundi Cina, Lee Tong yakin bahawa 80 peratus masyarakat Tiong Hwa di Dungun masih lagi memberikan sokongan kepada BN.
Namun katanya, beberapa isu peringkat nasional dan lokal yang dipercayai menjejaskan kehidupan masyarakat terutama isu ekonomi sedikit sebanyak menyebabkan sebahagian masyarakat cina telah beralih sokongan kepada parti pembangkang.
“Kita harap BN masih lagi menguasai kerajaan agar kesinambungan pembangunan dapat diteruskan untuk masa depan rakyat," katanya lagi.
SH Online
No comments:
Post a Comment