Thursday, February 14, 2013

Raba Punggung Manis 17 - Pemuda Kena Penjara 3 Bulkan


Padah menyentuh punggung anak dara, seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret, di Kuala Terengganu, semalam.

Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Mohd Khairul Mat Amin, 29, selepas mengaku bersalah menyentuh punggung mangsa yang berusia 17 tahun.

Mohd Khairul dari Kampung Bukit Depu, Jalan Pasir Panjang, di Kuala Terengganu, melakukannya dengan niat mencabul kehormatan mangsa di lorong gelap di Jalan Pejabat Tanah, di Kuala Terengganu, kira-kira jam 8.15 malam, pada 30 Ogos tahun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda.

Berdasarkan fakta kes, mangsa, bersama kakak angkatnya dalam perjalanan ke kelas tambahan di Losong, Chabang Tiga, dengan menaiki motosikal sebelum diekori Mohd Khairul.

Semasa melalui satu lorong gelap, Mohd Khairul, yang juga menunggang motosikal, menghimpit mangsa dan cuba memegang buah dada kakak angkat mangsa, tetapi tidak berjaya.

Bagaimanapun, Mohd Khairul sekali lagi menghimpit motosikal mereka berdua dan meraba punggung mangsa.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, dan  Mohd Khairul ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis daerah Kuala Terengganu di kediamannya kira-kira jam 3 pagi, 11 September tahun lalu

SH Online

No comments:

Post a Comment