Gol kemenangan pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Daniel Guiza pada minit ke-31.
Sementara itu, Impian Pahang untuk merampas kembali takhta liga tidak kesampaian setelah dikecewakan Lions XII 3-0 pada perlawanan Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura, juga malam semalam.
![]() |
Penyerang PKNS, Patrick Ronaldiho (tengah) bertindak cemerlang untuk membantu pasukannya menewaskan Felda United pada perlawanan Liga Super di Stadium MBPJ semalam. |
Lions XII membuka jaringan pada minit ke-12 hasil jaringan penyerang berbisanya Faris Ramli. Pemain pertahanan pasukan tuan rumah, Safuwan Baharudin kemudianya mengandakan jaringan pada minit ke-64 sebelum Fazrul Nawaz menutup tirai jaringan pada minit ke-76.
Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, Selangor PKNS mengalahkan Felda United 3-1. Selangor PKNS bermula garang apabila kapten pasukan Helmi Rameli membuka tirai jaringan pada minit ke-28, namun Felda United berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan pemain importnya Mohammed Mahmoud Ghaddar pada minit ke-33.
Kegembiran Felda United tidak kekal lama apabila pemain import Selangor PKNS mengandakan jaringan menerusi Patrick Ronaldinho Wleh pada minit ke-45 sebelum Nazrin Syamsul Bahari menutup tirai jaringan pada minit ke-56.
Sementara itu, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pasukan Negeri Sembilan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkongsi mata apabila mencatatkan keputusan seri 1-1.
Penyerang berbisa pasukan tuan rumah, Mohd Firdaus Azizul melakukan jaringan menerusi rembatan kaki kiri pada minit ke-34 sebelum pasukan ATM menyamakan kedudukan menerusi pemain importnya Bruno Marteloto pada minit ke-89.
No comments:
Post a Comment