Sunday, March 24, 2013

453 Murid Tahun Empat DUN Sura Terima E-Book

 

Dengan misi mahu membuat lonjakan hebat terhadap penguasaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), langkah demi langkah digerakkan bagi mengubah lanskap pendidikan di Terengganu.

Selaras dengan hasrat tersebut, kerajaan negeri meneruskan pemberian e-Book kepada murid Tahun Empat di seluruh negeri ini bagi membantu murid-murid menguasai bidang ICT dengan lebih baik.



Bertempat di Dewan Utama majlis Perbandaran Dungun, Dungun, wajah gembira murid, guru dan ibu bapa dirakamkan apabila seramai 435 murid dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura menerima agihan e-Book secara percuma, petang Rabu lalu.

Lebih bermakna, penyampaian daripada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said itu ditunggu-tunggu murid tahun empat dari enam buah sekolah di DUN berkenaan.

Daripada jumlah itu, 16 penerima daripada Sekolah Pendidikan Khas; Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dungun (84); SK Pusat Dungun (119), SK Bandar Dungun (62), SK Sultan Omar (124) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kwang Hwa (30). Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dato' Zaabar Mohd Adib serta Pegawai Pembangunan DUN Sura, Datuk Wira Rosli Mat Hassan.

No comments:

Post a Comment