Bahagian tingkat atas bangunan Canselori UMT musnah dalam kebakaran di Kuala Terengganu Khamis lalu. |
Difahamkan ketika mereka sedang memadam sisa kebakaran, tiba-tiba kerangka sokongan bumbung bangunan runtuh menyebabkan tiga dari lapan anggota yang sedang berada di tingkat tiga itu cedera.
“Salah seorang kena hempap sikit dengan bumbung yang roboh.
Dua lagi hanya calar-calar, tetapi keadaan mereka tidak serius. Mereka dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapat rawatan,” kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Md Salleh Sarbini. Kebakaran yang bermula kira-kira pukul 11.30 pagi itu dipercayai mula merebak dari bilik naib canselor di tingkat tiga.
Beliau berkata hampir 90 peratus kawasan di tingkat tiga itu terbakar namun puncanya belum dapat dipastikan.
Seorang kakitangan Lailatul Akmal Abdul Rahman berkata dia yang sedang berada di tingkat dua terdengar bunyi loceng kecemasan tetapi menyangka ia hanya latihan kebakaran.
“Masa itu saya terus buat kerja sebab tidak nampak apa-apa yang pelik, tetapi tidak lama lepas itu, saya dengar rakan-rakan lain menjerit suruh saya keluar.
“Bila berkumpul di luar bangunan, baru saya nampak asap tebal dan tidak lama lepas itu terdengar bunyi benda meletup,” katanya.
Penolong Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Mohd Effendi Abdul Wahid berkata antara yang terbakar ialah bilik naib canselor, bilik mesyuarat, bilik fail dan dua bilik pegawai tadbir.
Katanya sewaktu kebakaran terdapat sembilan kakitangan sedang bertugas sementara naib canselor sedang berada di luar negara.
No comments:
Post a Comment