Sekolah ditutup, kanak-kanak bermain air banjir di Jerteh kelmarin. |
Di TERENGGANU, mangsa banjir kekal 80 orang berada di dua pusat pemindahan di Setiu.
Sementara laman portal Majlis Keselamatan Negeri itu melaporkan hanya satu jalan masih ditutup untuk kenderaan ringan iaitu di Setiu, Sec.10, Jalan Permaisuri-Hulu Seladang (Kg. Besut) serta tiga buah sekolah masih ditutup di negeri itu.
Di PERAK, menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara hanya daerah Manjung masih dilanda banjir dan seramai 95 orang berada di sebuah pusat pemindahan.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di tiga jajahan berkurangan kepada 2,112 orang berbanding 2,334 orang pada sebelah petang. Menurut portal rasmi kerajaan negeri, di Pasir Mas terdapat seramai 2,061 orang yang masih ditempatkan di 16 buah pusat pemindahan diikuti di Tumpat (27)dan Pasir Puteh (24).
Kesemua mereka itu membabitkan 715 keluarga. Paras air di Sungai Golok, Rantau Panjang hanya surut sedikit kepada 10.19 meter iaitu masih melepasi paras bahaya sembilan meter, manakala sungai lain sudah kembali ke paras normal. Tiada jalan yang ditutup kepada pengguna, dan cuaca pada malam ini cerah.
No comments:
Post a Comment