Penasihat DAP Lim Kit Siang mencadangkan supaya Dewan Undangan Negeri di bawah kerajaan Pakatan Rakyat dibubar serentak dengan pembubaran Parlimen untuk kemudahan pengundi.
Di antara empat negeri di bawah Pakatan Rakyat beliau berkata, Dun Selangor akan tamat tempoh pada 20 April manakala Kelantan enam hari kemudian.
Pembubaran serentak adalah untuk tidak menimbulkan kesulitan kepada para pengundi, kerana pilihan raya dapat dijalankan serentak, katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat operasi DAP Gelang Patah semalam.
Kit Siang berkata, beliau akan menyampaikan pandangannya mengenai perkara tersebut pada mesyuarat bersama pemimpin Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur nanti.
No comments:
Post a Comment