Thursday, March 14, 2013

Filipina Tahan 35 Pengganas Sulu

Dua lelaki sedang disoal siasat oleh polis sebelum mereka ditahan di Fajar Harapan di Lahad Datu semalam
Tentera Laut Filipina mendakwa telah menangkap 35 pengganas Sulu termasuk seorang wanita semalam ketika mereka cuba kembali ke Filipina dari Sabah.

Ketua Pemerintah Tentera di Mindanao Barat, Leftenan Jeneral Rey Ardo berkata, mereka yang ditangkap itu dipercayai saki-baki pengganas Sulu yang memasuki Lahad Datu.

“Mereka sudah pulang (ke tanah air), mereka bersenjata,” kata Ardo kepada stesen televisyen ABS-CBN.

Menurutnya, ketika ditahan para pengikut pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III itu sedang menuju ke sebuah pulau di negara itu.

Jelasnya, salah seorang lelaki itu cedera kemungkinan akibat pertempuran yang berlaku di Sabah.

Ardo menyatakan, ketibaan pengikut-pengikut Jamalul itu menunjukkan mereka panik kerana pasukan keselamatan Malaysia meningkatkan usaha memburu kumpulan tersebut.

“Mereka takut dan kembali semula ke Filipina untuk mengelak ditangkap di Sabah,” katanya

Kosmo!

No comments:

Post a Comment