Saturday, March 16, 2013

Keluarga Wira Negara Dapat Perhatian Ketua Menteri Melaka

Khatijah dikunjungi angggota PTCM Terngganu ang mewakili Ketua Menteri Melaka.
"Mak cik akan simpan duit (sumbangan) ini dan mak cik ingat nak buat kenduri arwah," kata Jeriah Abu, 65, ibu Sarjan Baharin Hamit yang terkorban dalam serangan hendap di Semporna, Sabah pada 2 Mac lepas.

Jeriah, yang ditemui selepas majlis Solat Hajat, bacaan Yasin dan Tahlil untuk anggota polis yang terkorban dalam insiden pencerobohan militan dari Filipina, berkata kali terakhir beliau bertemu anaknya ialah pada Disember lepas sewaktu arwah bercuti dua minggu.

"Arwah sempat menghulurkan wang tunai RM1,000 kepada saya. Saya kata banyak sangat duit tu, dan arwah cakap tidak apa kerana dia ada duit untuk bantu saya.

 "Dia tanggung mak cik, tiap-tiap bulan kirim duit, sekarang ni tempat mak cik berpaut dah patah," katanya dalam nada sebak. Pada majlis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka itu,

Jeriah menerima sumbangan RM10,000 daripada kerajaan negeri Melaka. Sumbangan disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Baharin, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah yang mula bertugas sebagai anggota polis pada 1984, adalah seorang dari enam yang terkorban dalam insiden di Kampung Simunul, Semporna.

Jeriah berkata beliau ada menghubungi Baharin dua hari sebelum kejadian dan sempat menasihati anak keduanya itu supaya jangan gopoh dan membaca Al-Fatihah manakala arwah memintanya agar jangan bimbang.

Di BESUT, keluarga Allahyarham ASP Zulkifli Mamat yang terkorban di Lahad Datu pada 1 Mac lepas menerima sumbangan peribadi dari Mohd Ali. Sumbangan disampaikan kepada ibu wira negara itu, Khatijah Ismail, 64, oleh Ketua Turus Pasukan Tindakan Cemas Malaysia Negeri Terengganu Othman Endut, yang mewakili Mohd Ali

Di IPOH, balu Zulkifli, 29, dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, masing-masing menerima sumbangan RM2,175 daripada Risda pada majlis di Ibu Pejabat 69 Komando, Markas Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta di Ipoh.

Sumbangan disampaikan Pengarah Risda negeri Amran Jaafar kepada balu Allahyarham Sabaruddin, Nurunnisa Abu Bakar, 40, dan Khalipah Mohd Isa, 54, yang mewakili anak perempuannya, Noor Aziah Noor, 29.

Amran berkata sumbangan itu hasil kutipan petugas Risda negeri dan Tabung Ehsan yang dilancarkan baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment