Sunday, March 24, 2013

Ketua Pengganas Sulu Ditangkap, 8 Mayat Pengganas Dibawa Keluar

Kereta  perisai berantai, Adnan meneruskan rondaan keselamatan berikutan dakwaan kehadiran beberapa orang pengganas Sulu di sekitar Kampung Kembara Sakti, Lahad Datu semalam.
Gerakan pengganas Sulu kini lumpuh berikutan penangkapan ketua utama mereka berpangkat jeneral lima bintang di sebuah kawasan paya bakau Kampung Sri Melor Bugaya, Semporna dekat sini awal pagi semalam.

Suspek dikenali sebagai Datu Amirbahar Hushin Kiram, berusia 40-an dikatakan anak saudara kepada ketua pengganas Sulu, Jamalul Kiram III dan memiliki kad pengenalan Filipina.

Ketika serbuan pada pukul 1.30 pagi itu, dia dan isteri, Gina Taves Kiram yang bersembunyi di satu kawasan paya cuba melarikan diri tetapi gagal.

Difahamkan Amirbahar juga merupakan Menteri Pertahanan Suluk.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan keselamatan turut menahan seorang penduduk tempatan dan isterinya yang menjadi tali barut yang berperanan menyediakan segala keperluan kepada pengganas berkenaan.

Sementara itu, operasi penggeledahan dan pembersihan yang dijalankan di Kampung Tanjung Batu semalam berjaya mengeluarkan lapan lagi mayat pengganas Sulu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang dibawa keluar meningkat kepada 38 orang.

Khalid berkata, kesemua lapan mayat yang dikeluarkan itu kini ditempatkan di Hospital Lahad Datu dekat sini untuk dibedah siasat.

Katanya, sebanyak enam lagi mayat pengganas dipercayai masih berada di kawasan operasi dan usaha membawa keluar mayat berkenaan sedang dijalankan.

“Setakat ini, kita telah bawa keluar 38 mayat termasuk lapan mayat yang berjaya dikeluarkan semalam.

Kosmo!

No comments:

Post a Comment