Thursday, March 21, 2013

Lelaki DiTahan Kes Curi Kabel di Hulu Besut

Zuraidi (kanan) bersama Sarjan Hassan Lasim menunjukkan kabel yang dirampas daripada suspek di Balai Polis Jertih semalam
Misteri kehilangan kabel telekom bawah tanah (kabel optik) milik Telekom Malaysia Bhd (TM) di kampung ini, Hulu Besut sebelum ini terjawab dengan tertangkapnya seorang lelaki yang merupakan penduduk kampung tersebut.

 Suspek berusia 43 tahun itu diberkas sepasukan polis dari Balai Polis Jertih yang diketuainya Ketua Balai, Inspektor Zuraidi Semail pada jam 6.45 petang kelmarin di rumahnya.

 Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, dalam operasi berkenaan, polis menemui beberapa gulung kabel yang telah dipotong dipercayai milik TM yang disembunyikan di bawah rumah suspek.

Menurutnya, kabel yang dianggarkan sepanjang kira-kira 100 meter sebelum ini pernah dilaporkan TM hilang di satu pembentung di kampung tersebut menyebabkan gangguan perkhidmatan telefon di kawasan Hulu Besut.

“Suspek dipercayai bertindak mencuri kabel itu kerana menyangka kabel tersebut mempunyai logam tembaga, namun selepas dibakar bahagian hujung mendapati ia tidak mengandungi tembaga menyebabkan suspek menyembunyikan sahaja kabel di bawah rumah,” katanya.

Kamaruddin berkata, kecurian kabel tersebut telah menyebabkan kesulitan kepada orang ramai untuk berkomunikasi sama ada menggunakan telefon ataupun internet.

Terdahulu, pihak polis melakukan pemeriksaan di dalam rumahnya namun gagal menemui apa-apa barang yang salah.

Kata beliau, saringan air kencing mendapati suspek, seorang petani dah telah berkeluarga itu positif dadah jenis methamphetamine (pil kuda).

Suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut sebelum dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan melakukan kesalahan itu.

No comments:

Post a Comment