Sidang media terakhir sebelum PRU-13?...wartawan yang hadir pada sidang media semalam bergambar kenangan dengan Menteri Besar. |
Katanya, BN akan menawarkan kepada rakyat pekara-perkara yang boleh dilaksanakan dan berdasarkan kemampuan kewangan, bukan janji manis yang tidak mampu dilakukan.
Menurutnya, manifesto tambahan BN Terengganu amat berbeza dengan pembangkang yang hanya pandai berjanji setiap kali musim pilihan raya, tetapi mampu melaksanakannya.
Jika negeri kaya seperti Selangor pun pembangkang gagal tunaikan janji, buat apa berjanji dengan rakyat untuk menawarkan banyak perkara percuma kepada rakyat, jelas Ahmad Said.
Selepas gagal melaksanakan, pembangkang akan memberikan alasan bahawa mereka sudah berusaha tetapi tidak mampu melakukannya.
Malah, mereka turut mencari pelbagai alasan termasuk menjadikan BN sebagai ‘kambing hitam’ kerana kegagalannya menunaikan janji-janji tersebut.
Menurutnya, ini terbukti a pabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak tahun lalu lagi telah pun mengumumkan manifesto PAS dengan tujuan memancing undi semata-mata.
Antara perkara dalam Manifesto PAS yang tidak masuk akal ialah melaksanakan pengecualian cukai kediaman, memberi cuti 30 hari bergaji bagi kakitangan kerajaan kematian suami dan menyediakan 17,000 peluang kerja dalam tempoh tiga tahun.
Katanya, sebelum ini, PAS juga pernah berjanji untuk menghapuskan cukai pintu, tetapi janji tersebut tidak dilaksanakan walaupun mereka berjaya memerintah negeri ini pada tahun 1999 hingga 2004.
“Inilah kebiasaan pemimpin pembangkang, mereka sanggup menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat, tetapi bila sampai masa ia hanyalah janji kosong saja kerana mereka hanya mahukan undi dan jawatan wakil rakyat, tetapi tidak berniat pun membela rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusi Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.
Walaupun kerajaan BN Terengganu belum bersedia mengumumkan manifesto Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13), ia bukanlah suatu rahsia yang sukar diteka rakyat.
Soal seperti perumahan rakyat, pendidikan, kebajikan ibu tunggal, warga emas, pembangunan industri, memajukan sektor pelancongan negeri kini adalah antara teras pembangunan negeri.
Menteri Besar berkata beberapa perkara yang tidak ada dalam manifesto PRU-12 seperti perumahan dan e-Book diperkenalkan kerajaan negeri membuktikan kerajaan negeri cakna rakyat.
“Kita tidak akan mengumumkan perkara itu dalam tempoh terdekat walaupun menyedari ramai yang ingin mengetahui apa isi kandungan manifesto.
“Apabila tiba masa sesuai, kita akan umumkannya, apa yang penting, rakyat perlu bersabar menanti pengumuman manifesto yang pasti menjanjikan banyak kebaikan untuk rakyat ,” katanya.
Manifesto tambahan itu dibuat berdasarkan keupayaan kewangan Kerajaan negeri dan bukan janji kosong seperti yang dilakukan part-parti pakatan pembangkang.
“Walaupun manifesto tersebut masih di peringkat rahsia, kita berjanji kandungannya menjurus kepada soal kebajikan rakyat, masalah-masalah perbandaran dan penyediaan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
“Berdasarkan rekod, BN tidak pernah terburu-buru melancarkan manifesto pilihan raya, tetapi sejarah membuktikan bahawa setiap janji yang dinyatakan dalam manifesto akan dilaksanakan selepas BN menang dalam pilihan raya,” katanya.
No comments:
Post a Comment