Thursday, March 7, 2013

MB Rasmi Pevah Tanah Projek PB Sentral

Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) akan mengadakan Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek PB Sentral bertempat di tapak projek di Jalan Engku Embong Fatimah, Kuala Terengganu, hari ini (7 Mac).

Menteri Besar merangkap Pengerusi PMINT, Datuk Seri Ahmad Said dijangka akan menyempurnakan majlis perasmian pecah tanah tersebut.

Pegawai Perhubungan Awam PMINT, Zawiah Zakaria berkata, kira-kira 3000 orang akan hadir terdiri daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), ketua-ketua jabatan / agensi kerajaan serta orang awam.

Menurut beliau, berdasarkan cadangan aturcara majlis selepas ucapan perasmian oleh Menteri Besar, gimik perasmian akan diadakan diikuti lawatan ke tapak projek dan sidang media selepas itu.

No comments:

Post a Comment