Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendoakan semua calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 yang akan mengambil keputusan Isnin ini bakal mendapat keputusan membanggakan.
Najib, menerusi Twitternya juga melahirkan harapan supaya pelajar yang berjaya kelak tidak akan melupakan jasa serta pengorbanan ibu bapa dan guru masing-masing.
"Keputusan STPM diumumkan Isnin ini. Harap anda dapat keputusan membanggakan. Balaslah jasa ibu bapa apabila berjaya nanti dan kenanglah budi guru-guru anda," katanya.
Pada 2012, seramai 51,673 calon menduduki peperiksaan STPM di 760 pusat pemeriksaan, dan daripada jumlah itu, 47,708 adalah calon sekolah kerajaan, 1,112 calon sekolah swasta, 2,795 calon persendirian dan 58 calon sekolah kerajaan negeri.
Pada Isnin ini, semua calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.
Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT No Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.
Keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 12 tengah hari, hari yang sama.
No comments:
Post a Comment