Seorang remaja berbadan gempal yang sering berkeliaran menunggang basikal dipercayai pernah ditangkap orang awam kerana mencuri seluar dalam wanita. |
Suspek yang berusia lingkungan belasan tahun itu dikatakan sering berkeliaran di kawasan kediaman penduduk sambil mengintai peluang untuk mencuri pakaian dalam wanita yang dijemur di ampaian.
<!--more-- Kehilangan barang milik peribadi itu didedahkan seorang ibu berusia awal 20an apabila tiga pasang pakaian dalamnya yang dijemur di ampaian lesap.
Wanita yang bekerja sebagai eksekutif pentadbiran sebuah syarikat korporat di Kerteh itu memberitahu Sinar Harian, kehilangan pakaian sulit itu disedari ketika dia hendak mengangkat kain sebaik pulang dari tempat kerjanya.
“Ketika itu baru saya perasan seluar dalam dan coli saya hilang. “Yang peliknya, dia ambil yang berjenama sahaja, yang lain ditinggalkan," kata wanita yang tinggal di kawasan perumahan Taman Rakyat Jaya itu.
Menurut ibu dua anak itu, kejadian berkenaan bukan pertama kali, sebaliknya ia merupakan kes ketiga.
Menurut wanita itu, kesemua pakaian dalam berkenaan berharga antara RM99 hingga RM150 sepasang dan dia difahamkan tidak membuat laporan polis kerana enggan kisahnya diketahui umum.
Sejak kes terbabit, wanita itu kini lebih berhati-hati dan tidak meninggalkan pakaian dalam di ampaian ketika tiada di rumah.
Usaha Sinar Harian untuk menjejaki dalang disyaki berhasil apabila suspek berjaya dikesan ketika sedang merayau-rayau di kawasan penempatan penduduk dekat sini.
Suspek yang difahamkan tidak bersekolah dan mengalami masalah mental itu sebelum ini pernah ditangkap orang awam kerana dipercayai pernah mencuri seluar dalam wanita.
Suspek yang sering menunggang basikal berkeliaran di kawasan penempatan penduduk bagaimanapun dibebaskan setelah melihat keadaan fizikalnya selain tiada laporan polis dibuat berkaitan kes kehilangan seluar dalam dan coli wanita.
No comments:
Post a Comment