Wednesday, March 27, 2013

Peguam Negara - Kes Altantuya Perlu Bukti Kukuh Untuk Dibuka Semula


Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menegaskan, kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu enam tahun lalu, tidak boleh dibuka semula dengan sewenang-wenangnya.

Mengulas gesaan Majlis Peguam untuk membuka semula kes itu, beliau berkata, bukti baru yang kukuh perlu dikemukakan.

"Kes ini telah dibicarakan di mahkamah, apa-apa perkara yang nak dicakapkan dah dicakapkan di situ, pastinya apa yang Majlis Peguam cakap, kita akan tengok, tapi ingat, kita tak boleh buka sewenang-wenangnya, kalau tidak, nanti (kes) tahun 60-an atau 70-an pun suruh buka.

"Kita kena tengok betul-betul, ada bukti baru tak, kalau ada bukti kukuh yang dikemukakan kepada kita, tidak ada masalah," kata Abdul Gani kepada pemberita selepas menyaksikan pemeteraian pembaharuan perjanjian antara kerajaan Malaysia dan Pertubuhan Perundingan Perundangan Asia-Afrika (AALCO) semalam.

No comments:

Post a Comment