Muhyiddin (tengah) menunjukkan tanda bagus selepas pelancaran kereta model Myvi S-Series di Sungai Choh, Rawang semalam. |
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, model- model tersebut dikeluarkan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-20 jenama kereta terkemuka itu di pasaran.
"Kelainan yang ada pada model baharu S- Series ini boleh dilihat daripada beberapa prospek seperti reka bentuk yang lebih menarik, kepelbagaian aksesori-aksesori tambahan dan juga stereng berkuasa tinggi yang dijual pada harga berpatutan.
"Selain daripada warna-warna model Perodua yang sedia ada di pasaran, model S-Series ini turut didatangkan dengan warna eksklusif iaitu Ozzy Orange," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran batu asas kilang baharu Perodua di Sungai Choh, Rawang yang telah disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Aminar Rashid menerangkan, ketiga-tiga model Viva S 1.0L, Myvi 1.3 SE dan Alza S 1.5L itu ditawarkan pada harga antara RM34,774.30 sehingga RM56,517.00 seunit di seluruh rangkaian Perodua bermula semalam.
Dalam pada itu, Perodua turut menawarkan pemberian servis kereta secara percuma selama tiga tahun kepada mana- mana pemilik Perodua yang mendaftar kenderaan mereka bermula 15 Mac ini.
Tambah Aminar, khidmat lapan kali servis kenderaan secara percuma yang bernilai kira-kira RM1,000 hingga RM1,200 itu merangkumi kos buruh, alat ganti upah dan enam peratus cukai.
Kosmo!
No comments:
Post a Comment