Tuesday, March 26, 2013

Polis Terengganu Kenal Pasti 60 Kawasan Panas Pilihan Raya

Muhammad Sazreen, 16, anak kepada Sarjan Salam Togiran, yang terkorban ketika Op Daulat tidak dapat menahan sebak ketika menghadiri Sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 di Kuala Lumpur semalam.
Balu Allahyarham ACP Ibrahim Lebar yang sebak ditenangkan oleh anggota polis pada majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 di Kuala Lumpur semalam.
Polis Terengganu akan menggiatkan rondaan di 60 kawasan panas yang sudah dikenal pasti pada Pilihan Raya Umum ke-13(PRU-13) nanti sebagai persediaan menghadapi sebarang insiden.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Md. Jamil memberitahu, tugas itu akan turut dibantu Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Pasukan Gempur Ringan (LSF), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Najib  (tengah) dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bergambar kenang-kenangan bersama anggota Komando VAT69 yang terlibat dalam Op Daulat pada Sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 di Kuala Lumpur, hari ini. Turut kelihatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
Balu-balu kepada anggota polis yang terkorban tidak dapat menahan kesedihan ketika menghadiri sambutan Hari Polis ke-206 semalam. 
“Kawasan panas ini ialah kawasan yang mempunyai jumlah penyokong kerajaan dan pembangkang yang seimbang serta mempunyai rekod bermasalah pada PRU sebelum ini,” katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu sempena Hari Polis ke-206 disambut di seluruh negara

Menurutnya, seramai 3,600 anggota polis akan ditugaskan untuk mengawal serta memantau keadaan sepanjang tempoh kempen

Sementara itu,  Hari Polis ke-206 semalam disambut di 14 kontinjen polis seluruh negara dengan semangat patriotik penuh membara tatkala negara masih lagi terkesan dengan gugurnya lapan anggota pasukan itu dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu sejak 12 Feb lalu.

Bagaimanapun suasana hening seketika apabila balu dan waris anggota yang terkorban dalam krisis pencerobohan di Sabah, mengambil kenaikan pangkat pegawai dan anggota berkenaan.

Kesedihan jelas terpancar di wajah Perdana Menteri ketika beliau menyampaikan kenaikan pangkat itu kepada anak tunggal Deputi Superintendan Michael Padel.

Mereka yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 1 Mac lalu ialah Asisten Superintendan Zulkifli Mamat, 29; dan Sarjan Sabarudin Daud, 46. Anggota polis yang gugur di Semporna pada 2 Mac pula ialah Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, 52; Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27; Deputi Superintendan Michael Padel, 36; Sarjan Mejar Baharin Hamid, 49; Sarjan Mejar Abdul Aziz Sakirun, 48; dan Sarjan Salam Togiran, 42.

Di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak di Kuala Lumpur, seramai 93 anggota barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam Operasi Daulat mempertahan kedaulatan negara, diterbangkan khas dari Sabah untuk menyertai perbarisan sambutan itu.

Turut menyertai perbarisan ialah tujuh balu dan seorang waris anggota yang terkorban. Mereka yang terkorban di Kampung Tanduo pada 1 Mac ialah ASP Zulkifli Mamat, 29, dan Sjn Sabarudin Daud, 46, manakala anggota yang gugur di Semporna pada 2 Mac ialah ACP Ibrahim Lebar, 52, dan Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, DSP Michael Padel, 36, Sjn Mejar Baharin Hamid, 49, Sjn Mejar Abdul Aziz Sakirun, 48, dan Sjn Salam Togiran, 42.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Twitternya Isnin, mengucapkan Selamat Hari Polis kepada semua warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menzahirkan penghargaan kepada pasukan itu kerana sentiasa memastikan keselamatan negara dan rakyat, terjamin.

No comments:

Post a Comment