Sunday, March 24, 2013
T-Team Cari Penyerang Import Baru,Uji Bosko Balaban
Bekas penyerang berbisa Selangor Bosko Balaban antara pemain import yang akan diuji oleh pasukan T-Team bagi memantapkan lagi jentera serangan dalam menghadapi penggal kedua Liga Super.
Pemain Croatia berusia 35 tahun itu dijangka akan diuji minggu depan berikutan reputasi skuad kendalian Peter James Butler yang sukar memghasilkan jaringan gol.
Balaban, yang pernah mewakili beberapa kelab ternama dunia seperti Dinamo Zagreb, Club Brugge dan Aston Villa, pernah menjadi igauan ngeri barisan pertahanan semasa menyarung jersi Selangor apabila menyumbat 12 gol pada musim lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Abd. Rasid Jusoh memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa selain Balaban, beberapa pemain dari Brazil, Nigeria, Portugal dan Cameroon akan turut diuji oleh pasukan itu.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan membuka musim kedua pendaftaran pemain pada April ini.
Sepanjang 10 perlawanan saingan Liga Super musim ini, The Titans sekadar meledak tiga gol malah kini menduduki tangga kedua tercorot daripada 12 pasukan.
No comments:
Post a Comment