Ahmad Atory |
Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Shamsul Adabi Mamat (kiri) berkata, Parlimen pula akan dibubarkan setelah senarai calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13 diumumkan.
"Jika minggu depan (ini) ada pengisytiharan calon-calon BN, pilihan raya itu akan berlaku lewat daripada bulan empat," kata Shamsul ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Menjelaskan pendapatnya, Shamsul berkata, selepas pengumuman nama calon dibuat, kerajaan semasa akan memperuntukkan sekitar tiga hingga empat minggu untuk melihat tindak balas ke atas calon yang dikemukakan sebelum memuktamadkannya.
"Ini akan memakan masa lagi dan akan menyebabkan cuti sekolah antara akhir bulan tiga hingga empat itu tidak realistik untuk diadakan pilihan raya," ujar beliau.
Mengulas mengenai perkembangan semasa di mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat begitu aktif mendekati pelbagai segmen masyarakat di samping pengumuman kenaikan gaji kepada penjawat awam yang disifatkan petunjuk PRU13 sudah begitu hampir, Shamsul menyifatkan ia hanya "perkara biasa" sewaktu prapembubaran Parlimen.
Katanya, kontroversi-kontroversi yang berlaku juga adalah lumrah dalam tempoh prapembubaran Parlimen.
Berbeza pandangan dengan Shamsul, pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad Atory Hussain pula meramalkan pembubaran hujung bulan ini.
Beliau tidak menolak 19 Mac (hari ini) iaitu pada hari sama BN membentangkan kad laporan prestasi kerajaan pimpinannya, Parlimen akan dibubarkan.
Sementara pilihan raya akan diadakan dalam tempoh cuti persekolahan yang bermula pada 23 hingga 31 Mac ini.
Jika mengikut tempoh kempen yang digariskan SPR, PRU13 akan diadakan pada 30 Mac, katanya. "Tarikh itu sesuai kerana cuti sekolah dan kemudian selepas raya Cina," ujar beliau.
Menurut beliau, tempoh berkenaan dirasakan sesuai memandangkan Najib sudah berjaya dalam program transformasi yang dilakukannya, masa yang sesuai kerana cuti sekolah dan melepasi sambutan Tahun Baru Cina. Bagaimanapun menurut beliau, jika keadaan berlaku sebaliknya, PRU13 akan diadakan sebelum Parlimen terbubar dengan sendirinya.
"Namun jika tidak berlaku juga, alternatif ketiga yang ada ialah pada bila-bila masa selepas pembubaran Parlimen dengan sendirinya iaitu bulan lima atau enam," katanya.
Sementara seorang lagi pemerhati politik, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berpendapat, PRU13 akan tetap diadakan pada bulan depan.
"Pada awalnya saya kira hendak dibuat pada bulan Mac tetapi oleh kerana ada masalah keselamatan yang berlaku ini (Lahad Datu), maka ia ditolak ke belakang sedikit pada bulan April," ujar beliau.
Apatah lagi katanya, Najib akan selesai menjalankan kesemua programnya termasuk program Jelajah Janji Ditepati yang berakhir pada bulan ini.
"Kempen sudah lama dibuatkan. (Ikut SPR) kita punya kempen 10 hari sahaja selepas dibubar Parlimen," ujar beliau
Apatah lagi katanya, ketika itu Najib sudah selesai mengadakan pertemuan dengan pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara termasuk pegawai-pegawai kerajaan. "Saya ingat walau bagaimanapun ia mesti berlaku pada bulan April ini," katanya.
Mandat semasa Kerajaan Pusat akan berakhir 28 April depan manakala Dewan Undangan Negeri (Dun) secara berperingkat-peringkat di akhir Mei depan, bergantung pada tarikh sidang penggal pertama masing-masing.
Jika Parlimen terbubar dengan sendirinya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari iaitu sebelum Julai tahun ini.
No comments:
Post a Comment