Friday, April 19, 2013

10, 336 Rumah Untuk Penjawat Awam di Putrajaya

Orang  ramai tertarik melihat model rumah program PPA1M pada majlis pelancaran dan pecah tanah PPA1M di Putrajaya semalam.
Janji kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menyelesaikan masalah perumahan di sini menerusi program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) ditepati dengan pelancaran fasa pertama 1,512 unit rumah di Putrajaya.

Majlis pelancaran 1,256 unit rumah di Presint 17 dan 256 unit di Presint 11 itu dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.
Di bawah PPA1M, kerajaan akan membina 10,336 unit rumah mampu milik untuk penjawat awam yang tinggal di kawasan pusat pentadbiran negara itu.

Beliau berkata, unit kediaman yang dilancarkan semalam hanya akan mengambil masa kira-kira 18 bulan untuk disiapkan dengan keistimewaannya ialah pembeli tidak perlu membayar bayaran kemajuan projek, sebaliknya hanya perlu menjelaskan RM2,000 sebagai bayaran minimum permulaan.

Ansuran seterusnya dibayar sebaik sahaja rumah diserahkan kepada pembeli. "Mana ada kerajaan negara lain yang buat macam ini," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran dan pecah tanah projek itu yang dihadiri lebih 2,000 orang di Presint 17 di Putrajaya.

PPA1M merupakan inisiatif kerajaan dalam menyediakan rumah mampu milik untuk penjawat awam di kawasan strategik seperti Putrajaya, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

No comments:

Post a Comment