Monday, April 22, 2013

25 Ahli Parti Komponen, UMNO Tanding Bebas Bakal Kena Pecat


Seramai 25 ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) berdepan hukuman dipecat daripada parti masing-masing kerana bertanding atas tiket Bebas di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ia termasuk 22 ahli UMNO, dua daripada Gerakan dan seorang daripada MCA.

Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO.  Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata, BN lebih rela memecat mereka yang mengkhianati parti dengan bertanding sebagai calon Bebas daripada terpaksa mengorbankan parti


“Keputusan memecat mereka bukan salah kita dan yang penting kita kena jaga parti. Jika ada satu atau dua yang terpaksa kita korbankan, ia lebih baik daripada kita korbankan parti yang dikasihi.

“ Ini ketetapan parti yang mana sesiapa yang bertanding Bebas tidak boleh kekal sebagai ahli kerana disiplin parti lebih penting daripada cita-cita peribadi” Najib Razak, Presiden UMNO Ketetapan parti

“Ini ketetapan parti yang mana sesiapa yang bertanding Bebas tidak boleh kekal sebagai ahli kerana disiplin parti lebih penting daripada cita-cita peribadi,” katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Calon BN Parlimen Pekan serta jentera parti, di pekarangan kediamannya, di Pekan semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata, keahlian ahli UMNO bertanding menentang calon BN  gugur serta-merta kerana bertanding sebagai calon Bebas untuk Parlimen Kuala Kangsar.

Sementara itu,calon BN bagi kerusi Parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa, yang tidak menyerahkan borang penamaan calonnya bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), akan berdepan tindakan tegas termasuk dipecat keanggotaannya sekiranya tindakan itu dilakukan dengan sengaja.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata parti gabungan itu akan menjalankan siasatan terhadap tindakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas itu.

"Umno tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melakukan kesalahan dan melanggar peraturan parti termasuk tindakan sebotaj atau bertentangan dengan Perlembagaan Umno khususnya bagi memastikan kemenangan BN dalam PRU13," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lump;ur, semalam.

Che Johan membuat kejutan apabila tidak menyerahkan borang penamaan calonnya di pusat penamaan calon Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas semalam, walaupun beliau dilihat berada di pusat berkenaan.

Tindakannya itu menyebabkan penyandang, Datuk Ibrahim Ali yang bertanding atas tiket Bebas bertarung satu lawan satu dengan anak Mursyidul Am Pas, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.

No comments:

Post a Comment