Friday, April 19, 2013
5 Mei Cuti Umum Terengganu
Terengganu berkemungkinan akan mengisytiharkan hari mengundi pada 5 Mei ini sebagai cuti umum.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, satu mesyuarat khas akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu.
“Walaupun 5 Mei adalah hari Ahad tetapi ia hari bekerja di Terengganu dan pemberian cuti akan memudahkan penjawat awam di negeri ini menunaikan tanggungjawab untuk mengundi.
“Kemungkinan Terengganu akan mengisytiharkan hari mengundi (5 Mei) sebagai cuti umum,” katanya pada sidang media selepas hadir Majlis Sambutan Hari Kualiti Majlis Bandaraya Kuala Terengganu 2013 di Stadium Negeri, di Kuala Terengganu, semalam.
Hadir sama, Datuk Bandar MBKT, Datuk Adzlan Mohd Dagang dan Setiausaha MBKT Samiun Salleh
SH Online
No comments:
Post a Comment