Monday, April 1, 2013

Ahmad Said - Lapor Polis Jika Ada Pihak Calit Dakwat Sebelum PRU


Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said meminta pengundi di negeri itu membuat laporan polis jika didatangi pihak yang mahu mencalit dakwat kekal sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berlangsung.

Katanya dakwat kekal itu hanya boleh dicalit oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya sejurus sebelum pemilih membuang undi di pusat pengundian.

"Sebelum ini kita nasihat jangan serah kad pengenalan kepada orang lain bila dekat pilihan raya, sekarang kita ingatkan mereka jangan biar orang calit dakwat pada kuku sebelum masanya,” katanya.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar hari ini mengenai dakwaan sebuah blog bahawa ada pihak merancang untuk mencalit dakwat kekal pada kuku pengundi, terutama di kawasan luar bandar seminggu sebelum hari pengundian PRU13.

 Menurut blog itu, pihak terbabit berbuat demikian bagi mencetuskan huru-hara kerana pengundi yang dikesan sudah dicalit dakwat kekal pada kukunya tidak akan dibenar membuang undi pada hari berkenaan.

No comments:

Post a Comment