Thursday, April 18, 2013

Asha'ari, Abdullah Jamin Menangkan Calon BN Walaupun Digugurkan

 

Menerima hakikat kerjaya politik bukan hak seseorang untuk selamanya, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap Asha'ari Idris dan bekas Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin berjanji akan membantu memastikan kemenangan calon baharu Barisan Nasional (BN) di kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Terengganu itu yakin proses pemilihan dan penilaian calon kali ini dilakukan secara terperinci bagi memastikan calon yang boleh memberi kemenangan kepada BN dipilih.

"Kerja politik ni bukan hak kita sepanjang masa. Kalau kita tidak berhenti kali ini, satu masa kita kena berhenti juga. Jadi kita kena terimalah seadanya," katanya semalam.


Asha'ari, mewakili DUN Langkap dalam kawasan Parlimen Setiu selama dua penggal bermula 2004 adalah antara tiga Exco kerajaan negeri yang tidak disenaraikan bertanding pada PRU13.

Dua Exco lagi ialah penyandang DUN Cukai Datuk Mohamed Awang Tera dan penyandang DUN Batu Rakit Khazan Che Mat. Semalam Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terenganu Datuk Ahmad Said mengumumkan tiga muka baharu iaitu Sabri Mohd Noor sebagai calon di DUN Langkap bagi menggantikan Asha'ari, Bazlan Abdul Rahman di DUN Batu Rakit dan Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid di DUN Cukai.

Mengenai pembangunan pertanian di negeri ini, Asha'ari berkata kerajaan negeri bercadang mewartakan kawasan seluas 28,000 hektar di seluruh Terengganu sebagai kawasan penanaman padi.

"Saya harap Exco pertanian yang akan dilantik oleh kerajaan negeri yang dibentuk nanti (selepas PRU13), teruskan projek berkenaan bagi menjana pendapatan petani dan menghasilkan beras untuk (sara diri) Terengganu," katanya.

Sementara itu, Abdullah yang juga Penasihat Agama Perdana Menteri, tidak kecewa beliau tidak dicalon semula mempertahankan kerusi Parlimen Besut yang dimenangi pada 2008.

Sebaliknya, beliau reda dengan keputusan pucuk pimpinan parti kerana ia sudah lumrah dalam politik kerana ada masa naik dan turun seseorang pemimpin.

Katanya, walaupun tidak dicalonkan beliau akan tetap membantu semua calon BN di parlimen Besut bagi mempastikan Besut sebagai kubu kuat BN di Terengganu.

“Jika dahulu orang membantu kita, kini tiba giliran kita membantu kawan-kawan yang lain menghadapi pihak pembangkang,” katanya ketika mengulas senarai calon BN untuk PRU13.

Beliau yang juga Bendahari UMNO bahagian Besut berkata, kemasukan beliau dalam politik sebelum ini adalah di atas jemputan Idris yang juga selaku Ketua Umno bahagian itu.

Beliau yakin, Idris seorang pemimpin berkalibar dan berpengaruh akan mendapat manjoriti lebih besar bagi Parlmen Besut pada pilihan raya kali ini.

Sebagai bekas Menteri Besar, Idris mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran dan sentiasa mendekati rakyat sekalu gus mampu menarik lebih ramai penduduk Besut menyokong BN.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu,Datuk Seri Ahmad Said, ketika mengumumkan senarai calan Barisan Nasional (BN) semalam, menamakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh sebagai calon Parlimen Besut yang baru.

Pada PRU12 Abdullah mengalahkan calon PAS Datuk Hussin Awang dengaan manjoriti 10,590.

No comments:

Post a Comment