Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.
Panglima 8 Briged Infantri Malaysia Jeneral Datuk Mohamad Zaki Hamzah berkata pihaknya bersedia membantu PDRM jika diperlukan dari segala aspek ketenteraman awam dan keselamatan negara.
"Kita memang telah bersedia untuk membantu pihak polis jika mereka kekurangan anggota atau sebaliknya, kita akan bantu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Angkatan Tentera di Kuala Terengganu, semalam.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Datuk Ahmad Razif Abd Rahman serta Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Mohd Jamil.
Mohamad Zaki berkata beliau yakin bantuan yang bakal dihulur Briged 8 itu mencukupi untuk mengawal suasana pilihan raya, jika sesuatu insiden tidak diingini berlaku.
No comments:
Post a Comment