Kaswadi diarahkan menjalani rawatan psikiatri di Hospital Permai Tampoi, Johor Bahru oleh Mahkamah Majistret, di Kuala Terengganu, semalam. |
Terdahulu, Kaswadi Mamat, 40, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan melakukan ugutan jenayah dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.
Bapa kepada lima anak itu didakwa melakukan kesalahan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan cedera menggunakan sebilah parang untuk menakutkan isterinya, Rashidah Tambi, 40, di sebuah rumah di Kampung Panggol Peradong, Manir, kira-kira jam 8 malam, pada 10 April lalu.
Dia dituduh di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Abdul Hayyi menetapkan 28 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
SH Online
No comments:
Post a Comment