Tuesday, April 2, 2013

Jangan Terlibat Dengan Eksperimen Dakwat Kekal

Rakyat khususnya di kawasan luar bandar diminta berwaspada dan menolak sekiranya ada pihak mendakwa ingin mengajar bagaimana menggunakan dakwat kekal menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
 
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim ketika memberikan ingatan itu berkata, langkah eksperimen atau percubaan dakwat kekal bukan aktiviti sahih yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau dibenarkan di sisi undang-undang pilihan raya.

Katanya, sekiranya dakwat yang digunakan dalam eksperimen itu adalah sama dengan dakwat kekal yang akan digunakan SPR dan telah dicalitkan atau diletakkan pada mana-mana jari seseorang itu, maka individu berkenaan tidak lagi akan dibenarkan mengundi pada PRU-13.

"Justeru, kita menggunakan peluang keemasan ini (memberikan ingatan), jangan gadaikan, jangan biarkan mana-mana pihak untuk menggunakan peluang itu bagi kepentingan politik mereka,” katanya semalam.

No comments:

Post a Comment