Gambar Fail...Pasukan Terengganu ketika menentang TNB baru-baru ini. |
Kemenangan kedua UniKL itu dalam enam pertemuan menyaksikan peningkatan
permainan pemain muda pasukan itu dengan Mohd Noor Faeez Ibrahim
mencipta hatrik buat UniKL.
“Ini adalah persembahan mengagumkan dan saya bangga dengan semua pemain.
Kami harap keyakinan pemain semakin meningkat selepas perlawanan ini,”
kata jurulatih UniKL, Arul Selvaraj.
Sementara itu Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan Sapura 3-1 namun kemenangan itu bukan diperoleh mudah buat pasukan itu untuk kekal di tangga teratas Divisyen Premier Liga Hoki Malaysia (MHL).
“Kami bermain dalam salah satu perlawanan terburuk dalam kejohanan ini dan terus terang kami sebenarnya bernasib baik memperoleh tiga mata penuh. Kami perlu bermain secara konsisten dan memanfaatkan peluang yang dicipta.
“Tidak ada perlawanan mudah dalam MHL dan ini diharap dapat mengejutkan pemain saya supaya tidak mengambil mudah ketika menentang mana-mana pasukan,” kata pengurus KLHC George Koshy.
Dalam perlawanan di Stadium Hoki Wisma Belia, Kuantan semalam, Sapura menyumbat jaringan pembukaan menerusi Mohammad Azrul Hasbullah pada minit keenam namun KLHC kembali menambah gol menerusi Muhammad Imran pada minit ke-35 dan 48 sebelum Chua Boon Huat menyumbang satu gol pada minit ke-54.
Pemain Sapura, Khasif Ali merapatkan jurang pada minit ke-60 bagi gol kedua pasukan itu. Sementara itu,
No comments:
Post a Comment