Najib melawat bilik gerakan BN Kampung Serambi, Pekan, semalam. |
Katanya, aspek paling utama ialah pembentukan Kerajaan BN yang kukuh dengan majoriti dua pertiga di Parlimen bagi memastikan pembangunan lebih cemerlang pada masa depan.
Pengerusi BN berkata, hal kecil seperti kolong laluan air atau titi yang belum dipasang kampung tertentu, tidak seharusnya dijadikan faktor mereka mengalihkan sokongan kepada pembangkang.
Janganlah ada kolong atau titi kecil yang belum dibuat di depan rumah atau jalan masuk ke kampung dijadikan perkara yang boleh memesongkan sokongan kita kepada BN.
Utama isu besar Kita harus fikir soal lebih besar daripada soal titik bengik, perkara yang menyebabkan kita mengalih sokongan kita kepada BN, katanya berucap ketika melawat Bilik Gerakan BN Kampung Serambi, Pekan.
Turut hadir, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bebar, Mohd Fakhruddin Mohd Ariff. Najib berkata, beliau secara kebetulan calon Parlimen Pekan yang bertanggungjawab memastikan kemenangan BN secara keseluruhannya sejajar jawatan beliau sebagai Pengerusi BN.
Sehubungan itu, beliau meminta pengundi di Parlimen Pekan supaya tidak menjadikan hal remeh-temeh yang boleh menjejaskan pembangunan negara di bawah pentadbiran beliau pada masa depan.
No comments:
Post a Comment