Tuesday, April 16, 2013

Nasharuddin Mat Isa Antara Calon Ulama BN?


Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan tidak menafikan pihaknya bakal meletakkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Mungkin, saya tidak dapat nyatakan senarai itu (kerana hari ini akan diumumkan)," katanya dalam wawancara khas di pejabatnya di Kuala Lumpur, semalam.

Nama Nasharudin ditanyakan terus kepada Ahmad memandangkan BN mengumumkan meletakkan 31 peratus calonnya kali ini dari kalangan profesional dan ulama.

Nasharudin atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Nasha, yang dipecat dari Majlis Syura Pas - dilihat antara ikon yang cukup menyerlah dan "mesra" Barisan Nasional.

Pada tahun 2008 beliau bertanding di Bachok. Gambar beliau bersama Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatan ke luar negara mengundang kritikan keras pimpinan Pas.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pihaknya menerima banyak nama calon yang layak, namun yang terpilih itu adalah yang terbaik daripada yang terbaik.

Menurut Ahmad, kepimpinan yang memutuskan senarai calon ini begitu teliti dalam membuat keputusan dan memandang berat semua aspek.

Malah ujarnya, tidak hairanlah untuk memutuskan calon ulama itu sendiri, beberapa siri pertemuan diadakan sebelum ini.

No comments:

Post a Comment