Tuesday, April 16, 2013

Nik Aziz - Ini Komunisme, Bukan Demokrasi, Bukan Pilihan Raya Tetapi 'Paksa Raya'

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menyelar tindakan media yang tidak pernah memberikan liputan yang adil dan peluang bercakap dalam televisyen atau radio walaupun sudah lama menjadi menteri besar Kelantan.

Sebagai contoh, katanya, apabila ada berita tentang Nik Aziz, hanya perkara buruk dilaporkan dan tiada yang bagus disebut.

"Ini bukan demokrasi, ini Komunisme," katanya dalam sebuah program di Shah Alam semalam.

Beliau sekali gus mengkritik tindakan media tidak melaporkan tentang pemimpin Pakatan Rakyat bagi memaksa undi untuk Umno dan BN dalam pilihan raya.

"Ini bukan pilihan raya, ini 'paksa raya'," katanya.

Malaysiakini

No comments:

Post a Comment