Saturday, April 27, 2013

PAS Mungkin Keluar Pakatan Sebab Berbeza Ideologi


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meramalkan Pas akan keluar daripada pakatan pembangkang suatu masa nanti kerana terdapat pertembungan ideologi dan dasar yang serius di antara mereka.

"Mengenai soal dasar, ada yang mahu tubuhkan negara Islam dan laksanakan hukum hudud, hari ini perbahasan dalam suratkhabar jelas membuktikan pertembungan yang serius dan tidak ada sepakat di antara mereka.

"Saya juga fikir dalam satu peringkat nanti (bila) begitu genting keadaannya, akhirnya PAS pun kata, kalau beginilah saya (Pas) terpaksa keluar daripada pakatan pembangkang," katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran sisipan Aku Janji Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan di Dewan Orang Ramai Kampung Felda Sendayan semalam.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin dan calon-calon BN bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini.

No comments:

Post a Comment