Sunday, April 7, 2013

Pas Parti Ajaran Sesat Bawa Fatwa Songsang


Timbalan Perdana Menteri semalam  melabelkan Parti Pas sebagai Parti Ajaran Sesat berikutan kenyataan kontroversi Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkannya sebagai fatwa songsang yang boleh mengelirukan rakyat.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau kecewa dengan kenyataan songsang itu kerana Nik Abdul Aziz merupakan seorang ulama dan tokoh agama.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan ter baharu Nik Abdul Aziz yang mendakwa solat orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan turun padang ke kawasan Lembah Pantai dan bersarapan pagi di Gerai Singgah Santai, Kondo Rakyat Desa Pantai di Kuala Lumpur semalam.

“Ini bukan kali pertama, Pas dan Nik Abdul keluarkan fatwa menghukum UMNO. UMNO sebagai kafir di dalam Amanat Haji Hadi. Ini sudah terbukti bahawa Pas ialah Parti Ajaran Sesat, dan bukannya Parti Islam SeMalaysia,” katanya

No comments:

Post a Comment