PAS Terengganu bakal meletakkan seorang calon wanita untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), setelah kali terakhir menampilkan calon muslimah pada pilihan raya umum 1959.
Pesuruhjaya PAS negeri Abdul Wahid Endut berkata parti memutuskan meletakkan seorang calon wanita pada PRU kali ini bagi memastikan golongan hawa di negeri ini diwakili di peringkat DUN.
"Calon wanita ini orang tempatan dan ada latar belakang yang menyakinkan," katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS negeri di Kuala Terengganu, semalam.
Abdul Wahid bagaimanapun masih merahsiakan DUN mana yang bakal diwakili calon muslimah tunggal itu.
Pada pilihan raya umum 1959, PAS Terengganu meletakkan Khadijah Mohd Sidek di kerusi Parlimen Dungun.
Khadijah mengalahkan Wan Salleh Abdul Kadir mewakili Front Sosialis dan Mohamed Adib Omar daripada Parti Perikatan, dan merupakan Anggota Parlimen wanita pertama PAS dan wakil rakyat wanita pertama bagi Terengganu.
No comments:
Post a Comment