Tuesday, April 23, 2013

Penduduk Marah Nurul Izah Anggap Mereka Pengundi Hantu


Penduduk mengadakan bantahan terhadap Nurul Izzah di Lembah Pantai, semalam. Kuala Lumpur: Pengundi di Lembah Pantai menyelar tindakan calon PKR, Nurul Izzah Anwar yang melabelkan mereka sebagai pengundi hantu.

Mereka menyifatkan perkara itu sebagai cubaan untuk menafikan hak mereka sebagai rakyat negara ini.

Oleh itu lebih daripada 200 pengundi di kawasan itu yang disenaraikan sebagai pengundi hantu oleh Nurul Izzah yang juga penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai, tampil menuntut keadilan serta membantah tindakan pemimpin PKR terbabit.

Ketua UMNO Cawangan Kampung Kerinchi, Mohd Yahya Yusop, 62, berkata tindakan memfailkan semakan kehakiman bagi membatalkan nama pengundi itu dalam senarai pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah perbuatan tidak bertanggungjawab serta buta sejarah.

 Menetap sekian lama “Kami adalah penduduk Lembah Pantai sejak sekian lama, bekerja di sini dan anak kami pun lahir di sini juga.

Kami juga mengundi di sini sebelum Nurul Izzah dilahirkan lagi. “Semasa mula daftar mengundi alamat digunakan adalah di kampung setinggan. Seiring pembangunan, kami dipindahkan ke kawasan perumahan, namun alamat sama tetap digunakan bagi pendaftaran mengundi.

“Dia sepatutnya sedar pembangunan yang berlaku di Lembah Pantai dan bukan membuat tuduhan tanpa asas,” katanya, di sini, semalam.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR memfailkan semakan kehakiman bagi membatalkan pendaftaran senarai pemilih 4,637 pengundi Lembah Pantai, Mac lalu, yang didakwanya sebagai pengundi hantu kerana alamat kediaman tidak lengkap serta tidak wujud.

Kampung berubah Mohd Yahya berkata, Nurul Izzah perlu sedar beberapa kampung setinggan di kawasan itu sudah bertukar wajah, misalnya, Kampung Pasar Kiri sudah menjadi tapak gerai penjaja dan Kampung Lembah Pantai sekarang menjadi menara TM.

Nurzailan Kadir, 57, cukup terkilan serta marah dengan tindakan calon PKR itu melabelkan mereka sebagai pengundi hantu.

“Kenapa ketika menang pada Pilihan Raya Umum 2008 tidak dibangkitkan langsung tentang pengundi hantu ini?” katanya.

No comments:

Post a Comment