Thursday, April 25, 2013

Percutian Ke Terengganu Menanti 10 Pemenang Bertuah

Pelbagai aktiviti menarik sepanjang percutian di Resorts World Kijal, Kemaman, Terengganu menanti 10 pemenang yang berjaya menghasilkan karya terbaik sempena peraduan Warkah Buat Ibu 2 anjuran Resorts World Genting (RWG) dengan kerjasama akhbar Kosmo!.

Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi RWG, Chen Pelf Yeen berkata, kelainan pada kali ini, pemenang bukan sahaja boleh membawa ibu mereka bercuti malah mereka juga diberi pilihan membawa dua orang lagi bercuti ke negeri itu selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Mei nanti.

"Sepanjang bercuti di Terengganu, pemenang akan dibawa melihat penyu bertelur di pusat penetasan penyu di Cherating, Kuantan, Pahang.

"Para pemenang juga berpeluang menikmati pelbagai makanan tempatan yang popular di Terengganu seperti keropok lekor, nasi dagang, lemang, satar dan otak-otak.

"Selain itu, mereka juga dapat merehatkan badan di Taman Sari Royal Heritage Spa di Awana Kijal, Kemaman menerusi baucar spa yang bernilai RM2,500," katanya ketika dihubungi semalam.

Karya yang dihasilkan tidak melebihi 200 perkataan perlu dihantar kepada Kosmo! dan peserta perlu klik pada butang Like akaun Facebook RWG dan Kosmo! Online sebagai salah satu syarat penyertaan.

Pelf Yeen memberitahu, sehingga semalam, sebanyak 159 penyertaan telah diterima oleh pihaknya semenjak peraduan itu bermula pada 3 April lalu dan akan berakhir pada 30 April ini.

"Sambutan yang diterima cukup baik dan dijangka tema 'Ibu, maafkan aku' yang bermula Sabtu lalu akan mendapat lebih banyak penyertaan

Kosmo!

No comments:

Post a Comment